Tags

, ,

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

“Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham.”

(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

1 Dinar Emas

Spesifikasi Dinar Emas

Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar seperti berikut:

  • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
  • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999
Kelebihan Dinar Emas
  • Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
  • Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

5 Dinar Emas

Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah:
  1. Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
  2. Boleh digunakan untuk membayar zakat.
  3. Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.
  4. Boleh diberikan sebagai hadiah/cederamata.
  5. Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.

This slideshow requires JavaScript.