Tags

, , , ,

DINAR – Kos menunaikan Ibadah Haji

Berikut adalah kos yang diperlukan untuk menunaikan ibadah haji di dalam dinar.

Tahun 2002 – 1 Dinar = RM 140.00, perlu 64 Dinar
Tahun 2003 – 1 Dinar = RM 168.00, perlu 54 Dinar
Tahun 2004 – 1 Dinar = RM 202.00, perlu 45 Dinar
Tahun 2005 – 1 Dinar = RM 242.00, perlu 37 Dinar
Tahun 2006 – 1 Dinar = RM 290.00, perlu 31 Dinar
Tahun 2007 – 1 Dinar = RM 348.00, perlu 26 Dinar
Tahun 2008 – 1 Dinar = RM 418.00, perlu 22 Dinar
Tahun 2009 – 1 Dinar = RM 502.00, perlu 18 Dinar
Tahun 2010 – 1 Dinar = RM 645.00, perlu 15 Dinar

Berdasarkan fakta di atas.. kita dapati trend kos menunaikan haji dalam kepingan dinar menurun.. Ini disebabkan kenaikkan harga emas yang semakin meningkat dari tahun ke tahun..

Kesimpulannya.. Kita hanya perlu menyimpan bilangan kepingan dinar pada satu – satu bilangan sahaja tanpa perlu lagi menambah apabila kepingan dinar tersebut telah dicapai sehingga tiba waktu kita menunaikan haji.. Ada kemungkinan juga.. Ada lebihan kepingan dinar pada masa kita ingin menunaikan ibadah tersebut..

Bagaimana kita boleh menyimpan hanya untuk setahun sahaja??

Dengan mengambil contoh di atas.. Kos pada tahun 2002 (kira ikut keping dinar) adalah sebanyak 72 Dinar.. Pada tahun 2010 pula kosnya hanya 15 Dinar.. Jadi.. katakanlah kita mula menyimpan dinar pada tahun 2002 (kos 72 Dinar) dengan simpanan sebanyak 1 Dinar / bulan.. cukup sehingga hujung tahun.. jumlah dinar yang disimpan adalah 12 Dinar.. Pd tahun 2002… kita masih lagi belum boleh menunaikan ibadah tersebut.. sebab tak cukup lagi untuk tampung kos keseluruhan..

Nak dijadikan cerita.. kita tidak lagi dapat menyimpan 1 Dinar/bulan seperti biasa untuk tahun – tahun mendatang.. “Fast forward” sehingga tahun 2010.. Kos menunaikan haji hanya 15 Dinar.. Kita hanya “short” dalam 3 Dinar (dari simpanan  2002 sebanyak 12 Dinar).. Kalau nak tunaikan haji pada tahun 2010… kita perlu tambah lagi 3 Dinar.. Kalau tidak.. kita perlu tunggu sehingga 2011..

Betul ke?? ok mari kita kira..

Kita kira dulu jumlah kos menunaikan haji dalam RM
2002 = RM 8 960 (64 Dinar x RM 140)
2003 = RM 9 072 (54 Dinar x RM 168)
2004 = RM 9 090 (45 Dinar x RM 202)
2005 = RM 8 954 (37 Dinar x RM 242)
2006 = RM 8 990 (31 Dinar x RM 290)
2007 = RM 9 048 (26 Dinar x RM 348)
2008 = RM 9 196 (22 Dinar x RM 418)
2009 = RM 9 036 (18 Dinar x RM 502)
2010 = RM 9 720 (15 Dinar x RM 645)

Purata kos menunaikan haji untuk 9 tahun tersebut adalah RM 9 118

tadi dah kira purata kos dalam RM adalah RM 9 118.. Harga 1 Dinar sehingga saya menulis ini adalah RM 778 (1 Nov 2011 @ 18:55hrs).. Bahagikan.. RM 9 118 / RM 778 = 11.7 Dinar… Haaa.. dah boleh pergi dah laa… Tadi dah kumpul 12 Dinar pada tahun 2002.. Sekarang kos pun lebih kurang 12 Dinar.. boleh la tunaikan ibadah haji pada tahun 2011… hehe..

Maka, kesimpulannya.. kita hanya memerlukan masa hanya setahun untuk menyimpan bagi menunaikan ibadah haji.. Selepas itu.. tidak perlu lagi menyimpan untuk keperluan tersebut.. boleh simpan “fund” itu untuk keperluan lain pula.. tetapi.. perlu membuat simpanan dalam dinar dan perlu bersabar menunggu masa yg sesuai.. Sekiranya kita berkemampuan.. kita boleh terus menyimpan dalam dinar dan masa untuk menunaikan haji pula boleh dipendekkan..