Tags

, , , , , ,

Salam Aidiladha 10 Dzulhijjah 1432H (6 November 2011) buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia yang beragama Islam. Aidiladha merupakan hari perayaan umat Islam yang kedua terbesar selepas Aildilfitri.

Perayaan ini menandakan kemuncak ibadah haji bagi mereka yang melakukan ibadah itu dan merupakan Rukun Islam yang kelima. Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, mudah – mudah mendapat haji yang mabrur. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikannya pada tahun ini, sama – sama kita berdoa agar dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamu agong-Nya pada masa – masa akan datang.

Selamat Hari Raya Aildiladha dan selamat menunaikan ibadah qorban!!!