Tags

, , , , , , , , , ,

Apa itu EMAS?

Emas adalah unsur kimia dengan simbol Au (dari perkataan Latin: aurum “emas”) dengan no atom 79. Emas adalah sejenis logam yang padu, lembut, berkilau, boleh tempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning yang berkilau dan dianggap berharga dan menarik sejak turun temurun. Ia kekal dalam bentuk asal tanpa bertindak balas secara kimia dengan udara atau air dan juga merupakan logam yang kurang reaktif.

Sumber - Wikipedia

Mengikut catatan sejarah, emas melambangkan kekayaan dan juga menjadi rebutan pelbagai pihak serta dijadikan sebagai matawang dan barang kemas. Selain itu juga, ia merupakan pengalir haba yang baik dan mempunyai aplikasi yang meluas dalam bidang pergigian, elektronik dan bidang – bidang lain. Logam ini digunakan di dalam pendawaian elektronik disebabkan oleh kemuluran yang tinggi, ketahanan terhadap kakisan dan merupakan pengalir elektrik yang sangat baik.

Ketulan Emas Mentah - Sumber - Wikipedia

Disebabkan sifat logam ini begitu baik, ia mendapat permintaan tinggi bagi menghasilkan sesuatu produk disamping menjadi lambang kekayaan seseorang. Maka, tidak hairanlah harga emas meningkat secara tetap sejak 2001. Harga pada tahun tersebut adalah USD256 / 1 Oz. Pada mereka yang membeli pada tahun tersebut menikmati kenaikkan harga sehingga 550% dalam masa 10 tahun. Dengan itu, emas dikategorikan sebagai satu pelaburan yang stabil dan pelindung kekayaan dari kebinasaan ekonomi dan inflasi.

Jongkong Emas Terbesar di Dunia (250kg) - Sumber - Wikipedia