Tags

, , , , , , , , , , , , , , ,

Kali ini saya ingin berkongsi satu cerita yang berlaku sekitar tahun 1970-an. Kisah ini melibatkan sepasang suami isteri dengan simpanan emas mereka. Kisah ini saya adaptasi dari kisah sebenar penulis yang melalui pengalaman ini sendiri bersama sepasang suami isteri tersebut.

Peristiwa ini merupakan peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan sepanjang kerjaya saya. Saya tidak pernah terfikir sebelum ini bahawa emas mampu menjadi penyimpan nilai terhadap aset dan ia amat jelas selepas saya melaluinya sendiri sekitar pertengahan tahun 1970-an. Ketika itu Amerika Syarikat akhirnya berundur dari konflik yang berlaku di Selatan Vietnam. Beribu-ribu warga Vietnam memilih untuk melarikan diri dari tanah air yang bergolak daripada menghadapai kemaraan tentera Komunis.

Semasa di dalam pejabat saya di Denver, sepasang suami isteri dari Vietnam yang merupakan antara mereka yang melarikan diri duduk di hadapan saya. Mereka datang untuk menjual emas mereka. Si suami, menceritakan bagaimana mereka terlepas dari kejatuhan Saigon dan beberapa siri keganasan tentera Vietnam Utara. Mereka ini lari dengan sehelai sepinggang serta beberapa keping emas sambil menunjukkan kepingan emas tersebut di hadapan saya.

Beliau menceritakan betapa bertuahnya mereka terselamat dari cengkaman yang menakutkan semasa di Republik Vietnam Selatan. Mereka terpaksa berebut menaiki bot nelayan ke Laut China Selatan sebelum diselamatkan oleh tentera laut Amerika. Inilah antara warga Vietnam yang terselamat dari rentetan tragedi di Indochina. Sekarang, mereka mahu menebus semula kehidupan mereka dengan simpanan emas yang ada bagi memulakan kehidupan baru dengan memulakan perniagaan di Amerika Syarikat.

Emas mereka dibalut kemas dengan kertas dan emas ini dikenali sebagai Kim Thanh. Emas jenis ini adalah jenis yang biasa didagangkan di Hong Kong dan Timur Jauh. Berat Kim Thanh adalah sekitar 1.2 Troy ounce atau Tael (unit yang biasa digunakan di Timur). Ia berupa daun emas yang tebal berukuran 3 – 4 inci panjang, 1 1/2 atau 2 inci lebar dan beberapa milimeter tebal. Kim Thanh juga ditempa dengan beberapa karaktor Oriental serta dicetak padanya berat dan ketulenan emas tersebut. Seperti mana lazim di Barat, ia juga ditempa dengan perkataan OR PUR “EMAS TULEN” ditengah – tengah kepingan tersebut.

Emas Vietnam

1.2057 oz troy

Emas yang mereka ada tidaklah begitu banyak. Sekitar 30 ounce sahaja. Mereka berasa sangat bertuah kerana mereka ada simpanan emas walaupun ia sedikit. Mereka juga sangat berterima kasih pada saya kerana sudi membeli emas tersebut. Kami berborak tentang masa depan mereka di Amerika Syarikat. Saya tidaklah meletakkan harapan yang tinggi tentang masa depan mereka di sini, tetapi saya berasa kagum dengan semangat mereka dalam merencana masa depan di Amerika Syarikat. Sekarang, mereka sudah mempunyai harapan baru dalam hidup mereka.

Selepas mereka meninggalkan pejabat, saya berasa khuatir sama ada mereka boleh berjaya atau tidak dengan kehidupan baru mereka kelak. Namun begitu, secara tidak langsung, saya tersedar bahawa emas mampu mengubah hidup mereka. Saya berasa puas kerana dapat menolong mereka walaupun ia tidak seberapa.

Saya sudah simpan Kim Thanh ini untuk beberapa tahun. Ia merupakan satu simbol yang sangat bermakna untuk saya. Peringatan tentang kuasa dan kepentingan emas. Pada hari ini, apabila masalah kewangan dan ekonomi menunjukkan tanda – tanda semakin lumpuh, ramai ahli – ahli ekonomi risau tentang keadaan Amerika Syarikat, ini membuatkan saya teringat kepada pasangan suami isteri dari Vietnam yang lalu serta kepentingan emas dalam menentukan masa depan sesebuah keluarga.

Emas Vietnam

Seandainya pasangan tersebut meninggalkan negara mereka dengan membawa simpanan wang kertas, saya sendiri tidak boleh melakukan apa – apa untuk menolong mereka. Pada masa itu, sudah tiada kadar tukaran wang asing untuk negara Vietnam Selatan kerana negara tersebut sudah tidak wujud lagi disebabkan ia berada dalam kancah peperangan. Nasib mereka baik apabila simpanan wang kertas telah ditukar kepada emas sebelum duta – duta Amerika diarah untuk meninggalkan Kedutaan Amerika pada tahun 1975.

Beberapa tahun berlalu, saya semakin nampak dan faham tentang kepentingan dan kegunaan emas – dalam kebudayaan, ekonomi dan industri. Emas bukan sahaja digunakan untuk barang kemas dan perhiasan, malah ia juga merupakan pengalir elektrik berteknologi tinggi. Dalam bidang perubatan contohnya ia diapplikasikan di dalam bidang pergigian dan juga dalam merawat penyakit dari arthitis sehingga barah. Saduran emas digunakan dalam komputer dan teknologi informasi. Selain dari itu, ia pernah dijadikan sebagai matawang. Sebagai aset yang unggul, kepentingan emas ini dapat menjamin kebajikan semua. Menerusi kebanyakkan perdebatan ekonomi dalam sejarah manusia, terdapat satu bualan yang sama: Mereka yang bertahan dari segi kewangan, adalah mereka yang memiliki emas.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, emas telah mendapat perhatiannya semula di kalangan pelabur Amerika. Pemilikan emas ini bukanlah semata – mata atas perlindungan terhadap kebinasaan perang tetapi lebih kepada perlindungan dari suatu keadaan yang lebih sukar – kemusnahan kekayaan kesan daripada kejatuhan dollar di peringkat antarabangsa dan juga kepincangan ekonomi“.

– diadaptasi dari “The ABCs of Gold Investing” oleh Michael J. Kosares-