Tags

, , , , , ,

Pelan pengedar adalah salah satu daripada struktur organisasi syarikat yang menawarkan dua faedah kepada para pelanggan. Bagaimana ia memberi faedah? Pembelian emas fizikal memberikan pulangan peningkatan modal (capital appreciation) dan juga pelindung kekayaan. Dengan memperkenalkan atau berkongsi pengetahuan ini dengan rakan – rakan, anda layak menerima yuran pengenalan apabila mereka membeli pada masa akan datang.

Untuk menjadi seorang pengedar (Normal Dealer), anda perlu membuat belian sekurang – kurangnya RM 20,000.00 dalam satu resit. Pembelian tersebut boleh terdiri daripada mana – mana produk Public Gold yang terdiri dari Emas 999, Dinar, Bar perak atau barang kemas. Dengan pembelian tersebut, anda layak menikmati rebet 1%. Pembelian seterusnya juga akan diberi rebet sebanyak 1%.

Untuk menjadi Priority Dealer pula, anda mempunyai 2 pilihan. Pilihan pertama adalah, anda perlu membuat belian sekurang – kurangnya RM 100,000.00 dalam satu resit. Pilihan kedua adalah, anda mendaftar sebagai Normal Dealer terlebih dahulu, kemudian mengumpul jumlah belian sehingga RM 100,000.00 berserta mempunyai 3 Normal Dealer yang baru dalam tempoh 6 bulan (Jan hingga Jun) atau (Julai hingga Dis) pada tahun anda menyertai syarikat.

Untuk menjadi Master Dealer, anda perlu menjadi Priority Dealer terlebih dahulu dan mengumpul jumlah belian sehingga RM100,000.00 berserta mempunyai 3 orang Priority Dealer yang baru dalam tempoh 6 bulan (Jan hingga Jun) atau (Julai hingga Dis) pada tahun anda menyertai syarikat