Tags

, , , , , , , ,

Pada hari Ahad.. 2 minggu lalu.. saya bersama – sama isteri dan anak singgah di sebuah kedai makan untuk makan tengah hari. Kebetulan di kedai itu, ada juga jualan kuih – muih dan beberapa juadah minum petang. Jadi, sambil menunggu pesanan sampai, saya ambillah kuih – muih itu untuk di makan.

“Bang.. kuih ni kira camne??..”

“5 dua ringgit!!..”

Sebiji 40 sen??…” – (dalam hati)..

Jadi saya ambil 3 biji kuih sahaja….

Seingat saya, semasa di sekolah rendah dulu sekitar tahun 90-an, saya boleh dapatkan kuih sekitar 20 sen sebiji.. Sekarang.. harganya sudah 40 sen sebiji… Kalau dulu… Saya boleh dapatkan 5 biji kuih dengan RM 1.00.. Tetapi hari ini, saya memerlukan RM 2.00 untuk 5 biji kuih.. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan harga kuih sekarang ini MAHAL!!! Itu perspektif dari harga kuih.. Apabila ada perbandingan harga terdahulu dengan harga terkini… Dan ia memberikan perbezaan positif.. Maka kita beranggapan harganya MAHAL.. Sebaliknya pula.. Sekiranya perbezaannya negatif.. Kita beranggapan harganya MURAH..

Tetapi sedar atau tidak kita bahawa.. Nilai wang kita yang sebenarnya sedang menyusut??.. Apa tidaknya… Kita memerlukan lebih wang untuk membeli kuih yang sama.. Sedangkan.. Kuih tersebut tidak pun berubah dari segi saiz, bentuk, rasa, bahan – bahan untuk membuat kuih tersebut mahupun pembungkusannya… Ia masih kuih yang sama dan tidak mengalami apa –  apa evolusi dari segi keadaan fizikalnya yang membolehkan kuih itu dinilaikan sebagai sesuatu yang mahal… Lebih malang lagi… Ia tidak mencapai tahap kepuasan yang sepatutnya.. Tetapi.. Masih lagi dijual pada harga yang tinggi…

Dengan mengambil contoh harga kuih tersebut… Sekiranya nilai RM 1.00 itu mempunyai nilai yang sama.. Maka, pada hari ini.. Kita masih lagi boleh mendapatkan kuih sebanyak 5 biji… Tetapi keadaan itu tidak terjadi pada hari ini.. Nilai RM 1.00 itu sudah susut nilai sehingga kita memerlukan lagi sekeping RM 1.00 hanya untuk membeli sebanyak 5 biji.. Sudahlah kita terpaksa mengeluarkan lebih wang.. Bilangan kuih yang kita peroleh pula kurang.. Yang mana sepatutnya.. Dengan RM 2.00.. Kita boleh dapat 10 biji kuih… Harus DIINGAT!!! Ia adalah kuih yang sama…

Begitulah Evolusi Kuih Muih… Ia berjaya menaiktarafkan harga dirinya pada harga yang tinggi.. Sedangkan kita terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedangkan perolehan kita tidaklah begitu banyak.. Amat menyedihkan.. Keadaan kuih itu adalah sama dari dulu, kini dan selamanya… Dan kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih bagi mendapatkan kuih yang sama… Malang juga bagi anak – anak kita pada masa hadapan… Mereka juga terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan kuih yang sama..

Hakikatnya… Kuih itu sendiri tidak tahu setinggi mana harganya dan tidak pula berupaya menentukan harganya pada mana – mana tahap.. Padahal… Wang kita yang semakin tidak bernilai… Kesannya dapat kita lihat dengan Evolusi Kuih – Muih ini…

Perlukah kita mengeluarkan wang sebegini banyak hanya untuk 3 biji telor yang sama??