Tags

, , , , , , , , , , , , , ,

Pada tahun lepas, iaitu tahun 2010.. Kami sekeluarga telah berpakat untuk mengadakan majlis aqiqah untuk anak – anak kami. Kebetulan pada tahun sebelum itu.. 3 orang anak buah saya dilahirkan dan pada 2010 pula.. anak saya selamat dilahirkan… Maka pada kesempatan itu.. Kami berpakat mengadakan majlis aqiqah tersebut secara serentak… Jadi saya ditugaskan untuk mencari kambing bagi tujuan aqiqah…

Harga Kambing pada tahun 2010

Pada tahun 2010.. Harga untuk seekor Kambing Farrel adalah RM 600.00.. Memandangkan saya menempah sehingga 5 ekor.. Maka.. Tuan penjual memberi diskaun dengan harga RM 580.00 seekor.. Dengan membandingkan harga tersebut dengan dinar seperti dalam “entry” saya sebelum ini tentang ibadah haji.. Harga 1 Dinar adalah sekitar RM 645.00.. Di sini… Kita dapat lihat harga seekor kambing boleh di beli dengan 1 Dinar atau lebih murah dari itu..

Pada tahun ini… 2011.. saya telah bertanya kepada penjual kambing yang sama semasa saya beli kambing beliau pada 2010.. Menurut beliau.. Harga kambing Farrel yang matang untuk tujuan aqiqah bermula dari RM 750.00.. Sekali lagi.. saya bandingkan harga kambing pada tahun ini dengan harga 1 Dinar semasa.. Sehingga saya menulis ini.. Harga 1 Dinar adalah RM 775.00.. Nah.. Sekali lagi.. Seekor kambing boleh dibeli dengan harga sekitar 1 Dinar atau lebih murah lagi…

Harga 1 Dinar PG pada 21 November 2011

Dari sini.. Kita dapat lihat.. Dengan penggunaan dinar.. Kita dapat mengekalkan kuasa beli kita.. Cuba kita bayangkan.. Pada tahun 2010.. Kita berusaha untuk menyimpan RM 600.00 dengan harapan kita dapat membeli seekor kambing dengan harga tersebut sesudah kita cukup mengumpul wang sebanyak itu… Seandainya tiba masa cukup jumlah wang itu adalah pada tahun 2011… Apakah yang akan terjadi?? Kita tidak boleh lagi membeli dengan harga tersebut.. Kita terpaksa menyimpan lagi sehingga cukup RM 750.00 atau lebih…

Iya.. Kuasa membeli kita sudah berkurangan dengan menyimpan dalam ringgit… Kambing telah mengalami evolusi seperti mana Evolusi Kuih Muih… INGAT!!! Kambing ini.. Adalah kambing yang sama… Tidak ada tokok tambah pada kambing ini yang membolehkannya dinilaikan sebegitu tinggi… Ia tetap berkaki empat, bertanduk, berekor, berorgan seks jantan dan sempurna pancainderanya.. Maka ia tidak sepatutnya mahal dari tahun ke tahun..

Katakanlah.. pada penghujung 2010.. kita memperoleh bonus hasil dari penat lelah bekerja makan gaji di syarikat – syarikat swasta… Maka.. pada tahun tersebut kita menukar sejumlah wang kepada dinar.. Katakan 1 Dinar.. Maka dengan itu.. Kita sudah tidak perlu lagi menyimpan lagi untuk membeli seekor kambing pada tahun berikutnya.. Mahupun pada bila – bila masa.. Ini disebabkan.. Harga dinar itu sendiri yang mempunyai sifat peningkatan modal (capital appreciation) yang mana ia mengekalkan kuasa beli kita.. Oleh disebabkan itu.. Kita dapat lihat dari ilustrasi kiraan di atas.. Kita boleh membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar atau lebih murah lagi..

Jadi bagi mereka yang sedang merancang untuk mengadakan aqiqah untuk anak – anak.. Digalakkan menyimpan wang anda dalam bentuk dinar.. Lebih – lebih lagi majlis itu akan diadakan pada masa – masa akan datang.. Anda hanya perlu mengeluarkan sejumlah wang sekali sahaja.. Kemudian.. Anda hanya perlu tunggu sehingga majlis aqiqah tersebut ingin diadakan.. Apa yang anda perlu buat… Anda jual semula dinar tersebut.. Kemudian bayar dlm ringgit untuk membeli kambing tersebut.. Atau.. Anda guna dinar tersebut untuk membeli kambing aqiqah itu.. Ada sesetengah penjual yang menerima terus dinar ini dalam urusniaga mereka seperti penjual yang saya berurusan ini.. Tabiat yang sama juga boleh diterap bagi tujuan – tujuan lain seperti menunaikan ibadah haji, simpanan hari tua dan juga pembiayaan pelajaran anak – anak..