Tags

, , , , , , , , , , , , , , ,

Emas sebagai Simpanan..


Apabila matlamat memiliki emas adalah sebagai simpanan.. sudah tentu kenaikan dan penurunan harga emas bukan menjadi isu utama semasa ingin membeli emas.. ini disebabkan.. sebagai penyimpan.. sikap kita adalah mengumpul modal kemudian tukarkan wang kertas tersebut kepada emas fizikal.. keadaan ini adalah serupa seperti mana kita menyimpan wang kertas.. kita tidak pula hirau berapa “nilai” wang kertas yg kita simpan semasa itu.. tetapi kita tetap teruskan tabiat menyimpan itu.. begitulah tabiat yang sepatutnya diamalkan apabila matlamat memiliki emas adalah untuk simpanan.. Jarang – jarang sekali juga kita menjual simpanan emas itu melainkan untuk keperluan terdesak.. seperti.. kos belanja pengajian anak-anak, mengerjakan haji atau umrah, beli / ubahsuai rumah atau perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dgn perkara-perkara yang memaksimumkan keuntungan.. sebagai penyimpan.. ia adalah aset yang digunakan untuk keperluan pada masa akan datang dan juga semasa kecemasan serta untuk tujuan-tujuan tertentu seperti di atas demi memenuhi kehendak hidup… antara lain.. simpanan emas tadi dibelanjakan dan ada kemungkinan.. rezab emas tadi habis dibelanjakan demi memenuhi kehendak hidup..

Emas sebagai Pelaburan..


Apabila emas dijadikan sebagai instrumen pelaburan.. Kenaikan dan penurunan harga emas AMATLAH penting.. ni adalah disebabkan.. sebagai pelabur.. titik mula semasa memasuki pasaran (harga belian) adalah penting bagi memaksimumkan keuntungan semasa keluar dari pasaran (harga jualan).. biasanya juga.. sebagai pelabur.. mereka menetapkan akan menjual stok pada kadar peratus tertentu dari harga belian mereka… juga.. mereka menetapkan pada kadar berapa peratus susutan dari harga belian patut mereka bertolak ansur sebelum melepaskan stok..

Emas juga boleh dijadikan batu loncatan untuk meningkatkan modal.. katakan seseorang pelabur mempunyai pelbagai portfolio pelaburan seperti saham atau unit amanah.. katakan instrumen tadi belum mencapai peratus kenaikan seperti jangkaan mereka.. dan harga pasaran pula tidak menentu.. maka.. mereka menjual stok-stok saham dan unit amanah tadi.. kemudian meletakkan modal mereka dalam bentuk emas sementara menunggu pasaran saham dan unit amanah mereka berada dlm keadaan baik… jadi.. modal yang mereka tukarkan dalam bentuk emas tadi.. bukan sahaja selamat.. bahkan.. modal mereka meningkat akibat dari kenaikan harga emas.. secara tidak langsung.. modal mereka bertambah besar.. dan perolehan unit-unit saham dan unit amanah tadi juga semakin banyak… inilah dikatakan emas sebagai batu loncatan dalam pelaburan…