Tags

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,

1. Nilai wang semakin jatuh
Wang kertas mengalami susut nilai.. amat rugi jika kita menyimpan dalam bentuk wang kertas.. ditambah inflasi.. semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan untuk membeli sesuatu barang..(jika wang kertas dikoyak-koyak.. adakah anda akan mengutipnya? jika emas.. walaupun sudah menjadi serbuk sekalipun, pasti ramai yang ingin memilikinya.. inilah contoh paling mudah yang boleh dilihat bahawa wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2. Harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang
Ia merupakan pelaburan yang amat selamat.. tidak perlu berbuat apa-apa pun harganya naik.. simpan di ASB purata pulangan sekitar 8%.. tolak inflasi.. tidak ada apa yang tinggal.. kenaikan harga emas 20%-36% setahun..

3. Emas adalah aset yang mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada wang pada bila-bila masa apabila anda ingin menggunakannya kerana anda boleh menjualnya. Jika anda jual, anda telah hilang aset berharga. Oleh itu adalah disarankan supaya anda memajakkannya di ar-rahnu untuk mendapatkan wang ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu untuk menebusnya sekaligus – harta tak luak.. keperluan wang dapat dipenuhi…

4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas. Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5. Pelindung kekayaan
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang. Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham. Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.