Tags

, , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama iaitu hampir seusia dengan sejarah manusia.
  • Selepas kejatuhan ekonomi, ramai yang baru tersedar di sebalik kejatuhan yang tidak di duga itu rupa-rupanya ada benda yang  tidak tergugat iaitu EMAS.
  • Negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, mampu menyelamatkan ekonominya dengan lebih cepat dan pantas

Wang fiat

Wang digunakan sebagai medium pertukaran.

Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat. Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka, tetapi tidak ada nilai intrinsik. Nilai intrinsik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda. Nilai muka pula bermaksud nilai yang tertera pada wang kertas itu.

Pada hakikatnya kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai atau mungkin hanya lebih kurang satu sen sahaja nilainya.

Wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui sistem “Fractional Reserved Banking“. Ia dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga.

APAKAH KEISTIMEWAAN EMAS?

  1. Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
  2. Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga.
  3. Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
  4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.
  5. Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.
  6. Mudah untuk menukarkan kepada duit.
  7. Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

Emas tidak akan menjadikan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”