SPREAD – Jual Beli Emas…

SPREAD di dalam urusniaga jual beli emas adalah beza harga antara Harga Jualan (We Sell) dengan Harga Belian (We Buy) dan pada kebiasaannya disebut dalam bentuk peratusan.. Setiap syarikat yang menawarkan urusniaga jual beli emas.. Ada menyatakan harga yang mereka tawarkan untuk menjual serta membeli produk – produk emas.. Sebagai ilustrasi pengiraan SPREAD.. Saya bawakan Syarikat Public Gold sebagai contoh:

Emas 999       PG Sell               PG Buy
10g                RM 1,916.00      RM 1,762.00
20g                RM 3,796.00      RM 3,568.00
50g                RM 9,445.00      RM 8,926.00
100g              RM 18,802.00    RM 17,862.00
250g              RM 46,785.00    RM 44,679.00
Kemaskini terakhir pada 11 Disember 2011 Jam 3:35 petang

Sebelum itu, saya akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan PG Sell dan PG Buy.

PG Sell
PG Sell adalah tawaran harga yang dikemukan oleh pihak Public Gold untuk menjual produk emas mereka.. Maksudnya, untuk produk 10g Emas 999.. Pihak Public Gold menawarkan harga RM 1,916.00 sebagai harga jualan.. Maka dengan itu, semua pelanggan yang ingin membeli 10g Emas 999 dari pihak Public Gold perlu bersetuju dengan harga tawaran ini..

PG Buy
PG Buy adalah tawaran harga yang dipersetujui oleh pihak Public Gold untuk membeli semula produk emas mereka.. Maksudnya, sekiranya ada di antara kita atau mana – mana pelanggan ingin menjual semula produk 10g Emas 999 kepada pihak Public Gold.. Pihak Public Gold bersetuju untuk membeli produk tersebut daripada kita atau mana – mana pelanggan dengan harga RM 1,762.00.. Maka dengan itu, pihak pelanggan juga bersetuju dengan harga tawaran tersebut sekiranya mereka ingin menjual kepada pihak Public Gold..

Berbalik kepada topik kita sebelum ini.. Dengan mengambil produk 10g Emas 999 sebagai contoh.. Maka, SPREAD bagi produk ini adalah..

SPREAD (%) = [ (Harga Jualan – Harga Belian) / Harga Jualan ] x 100
= [ (RM 1,916.00 – RM 1,762.00)] / RM 1,916.00 ] x 100
= 8.03% ~ 8.0%

Berikut adalah dinyatakan SPREAD bagi produk – produk emas dan perak Public Gold

PUBLIC GOLD :
– 10g | lingkungan 8.0%
– 20g | lingkungan 6.0%
– 50g | lingkungan 5.5%
– 100g | lingkungan 5.0%
– 1000g | lingkungan 4.0%
– 250g | lingkungan 4.5%

PUBLIC DINAR :
– 1 Dinar | lingkungan 6.0%
– 5 Dinar | lingkungan 5.5%
– 10 Dinar | lingkungan 5.0%

PUBLIC Jewellery (i – Series) :
– 10g i-S | lingkungan 10.0%
– 20g i-S | lingkungan 10.0%
– 50g i-S | lingkungan 10.0%
– 100g i-S | lingkungan 10.0%

PUBLIC Jewellery (D – Series) :
– 1g D-s | lingkungan 18.0%

(terendah di Malaysia)

PUBLIC SILVER :
– 100g | lingkungan 15.0%
– 250g | lingkungan 14.0%
– 500g | lingkungan 13.0%
– 1000g | lingkungan 12.0%

(terendah di Malaysia)

Di dalam membuat keputusan untuk membeli produk emas dari mana – mana syarikat atau pengeluar.. Topik SPREAD perlu menjadi salah satu topik penting yang patut diambil kira dalam membuat keputusan tersebut.. Ini kerana, perbezaan peratusan SPREAD yang tinggi menandakan kita perlu menunggu masa yang lebih lama sebelum menjual semula pegangan emas kita.. Jadi dengan itu, peratusan SPREAD yang rendah perlu menjadi pilihan agar kita tidak perlu menunggu lebih lama seandainya harga pasaran emas semasa melonjak dari harga belian kita.. Produk Public Gold adalah antara produk yang mempunyai SPREAD yang terendah di Malaysia..