Tags

, , , , , , , , , , , , , , ,

Apabila kita baru memulakan simpanan atau pelaburan emas.. Sudah tentu kita tertanya  – tanya.. Bentuk emas yang bagaimanakah perlu dipilih atau dibeli.. Sememangnya produk emas yang paling popular adalah barang kemas.. Tetapi apabila dikatakan tentang simpanan atau pelaburan emas.. Mungkin ramai antara kita terpinga – pinga kerana.. bagaimana barang kemas itu boleh dikatakan sebagai simpanan atau pelaburan.. Barang kemas itu adalah untuk perhiasan.. Simpanan pula adalah simpanan wang kertas.. seperti menyimpan di Tabung Haji, ASB, atau pun di mana – mana institusi perbankan yang menerima wang kertas untuk di simpan.. Bagaimana barang kemas boleh dijadikan simpanan atau pelaburan??

Emas Fizikal - Bar Emas oleh Public Gold

Seharusnya apabila kita membicarakan tentang emas.. Perlulah kita melihat dari perspektif yang lebih luas… Emas itu adalah satu logam semulajadi yang ada di dalam perut bumi.. Ia perlu dicari atau dilombong untuk dikeluarkan dan kemudiannya diproses menjadi satu produk yang berharga lalu bertambah nilai.. Barang kemas pula merupakan salah satu produk yang diperbuat dari logam emas..

Contoh lain Bar Emas

Berbalik kepada persoalan tentang emas sebagai simpanan atau pelaburan atau kedua – duanya sekali.. Sudah tentu kita perlu tahu jenis – jenis atau produk – produk emas yang ada di pasaran yang boleh dan sesuai dijadikan sebagai simpanan atau pelaburan atau kedua – duanya sekali.. Juga kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan emas.. Jenis pelaburan yang bagaimana perlu diteliti agar kita tidak tersilap langkah dengan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak gara – gara terjebak dengan pujukan pulangan yang besar dengan melabur di dalam emas.. Untuk membeli segala macam produk emas ini sangat mudah.. tetapi perlu diingat.. Untuk menjualnya pula nanti.. Mungkin timbul masalah yang produk – produk tertentu tidak dapat dijual.. Maka dengan itu.. Sangat penting untuk mengetahui jenis – jenis dan produk – produk emas..

Syiling Emas - 5 Dinar oleh Public Gold

Syiling Emas - Kijang Emas oleh Bank Negara Malaysia

Secara amnya.. kita mempunyai 2 pilihan emas untuk dipilih sebagai simpanan atau pelaburan.. Ada juga yang berpendapat.. ada 3 pilihan.. Tetapi saya lebih suka ambil 2 pilihan bagi memudahkan pemahaman juga mengelak kekeliruan.. Pilihan tersebut adalah

  1. Emas Fizikal
  2. Emas Maya atau banyak disebut sebagai “Paper Gold

Emas Fizikal adalah terdiri daripada:

  • Bar Emas / Gold Bar
  • Syiling Emas / Gold Coins
  • Syiling Terkumpul / Collectors Coin
  • Syiling Peringatan / Commemorative Coins
  • Barang Kemas / Jewelleries

Emas Maya / Paper Gold pula adalah terdiri daripada:

  • Saham Emas / Gold Shares
  • Dana Dagangan Tukaran Emas / Gold Exchange Traded Fund
  • Akaun Simpanan Emas / Gold Savings Account
  • Pasaran Hadapan Emas / Gold Future and Options
  • Sijil Emas / Gold Certificates

Contoh Syiling Terkumpul emas dan perak

Itulah di antara pilihan – pilihan emas yang ada untuk kita pilih untuk dijadikan sebagai simpanan atau pelaburan.. Sudah tentu ada kebaikan dan keburukan setiap satunya.. Disinilah pentingnya pengetahuan tentang pilihan – pilihan tersebut agar kita tidak terpedaya atau mengalami kerugian di dalam simpanan atau pelaburan kita kelak… Ikuti sambungan topik ini pada “entry” seterusnya di mana saya akan huraikan serba sedikit setiap satu pilihan agar ia lebih jelas dan memudahkan kita untuk memilih produk emas yang baik untuk dijadikan sebagai simpanan atau pelaburan bersesuaian dengan matlamat dan tujuan kita…

Contoh Syiling Peringatan

Contoh Syiling Peringatan