Tags

, , , , , , , , , , , , , , , ,

Pada entry” yang lepas.. Kita telah membincangkan tentang pilihan – pilihan emas yang terdapat di pasaran.. Namun begitu.. kita belum lagi membuat pilihan tentang bentuk emas yang bagaimana perlu dibeli untuk dijadikan simpanan atau pelaburan.. Kali ini.. saya bawakan anda semua untuk kupasan lebih dalam tentang pilihan – pilihan emas yang kita sebutkan sebelum ini bagi membantu kita dalam membuat pilihan membeli atau melabur di dalam emas..

Bar Emas 
Bar emas merupakan produk emas 999 yang dibentuk seperti ketulan empat segi tepat dengan pelbagai saiz dan berat.. Ia dibentuk sama ada melalui proses cetakan (minted) atau menggunakan acuan (casting).. Kita juga boleh mendapatkan produk – produk bar emas ini sama ada di kedai – kedai emas tempatan seperti Poh Kong, bank – bank terpilih seperti UOB dan Kuwait Finance House (KFH), atau di syarikat tertentu seperti Public Gold.

Minted - Bar Emas

Casting - Bar Emas

Sudah tentu harga yang ditawarkan oleh setiap penjual tersebut adalah berbeza.. Ini disebabkan kos – kos pembuatan atau perkhidmatan oleh pihak tersebut dalam memproses, membuat atau mendapatkan bar – bar emas tersebut sebelum dijual kepada para pelanggan.. Kadar belian semula juga berbeza diantara satu sama lain.. Contohnya ada kedai emas menjual emas bar 24k mereka pada harga “spot” + “premium“.. Mereka juga membeli semula produk tersebut pada harga “spot” – 12%.. “premium” inilah yang dikatakan kos – kos tertentu yang dikenakan oleh pihak penjual dan amaunnya adalah tertakluk kepada pihak penjual tersebut..

Syiling Emas
Syiling emas merupakan cara paling popular dalam pelaburan emas untuk 20 tahun yang lepas.. Ini kerana ia mudah dicairkan.. mudah dibawa.. mempunyai saiz yang piawai.. dan juga mempunyai bentuk seperti syiling logam yang kita gunakan sekarang ini..

Syiling Emas Krugerrand oleh Afrika Selatan

Syiling Emas Maple Leaf oleh Canada

Syiling emas yang popular adalah Krugerrand yang diperkenalkan oleh kerajaan Afrika Selatan pada tahun 1967.. Ia merupakan syiling emas pertama yang mempunyai berat 1 troy auns emas tulen.. ia dibentuk dengan kemas, rapi dan mudah di bawa.. Selepas dari itu.. beberapa negara juga mula mengeluarkan syiling emas mereka.. Contohnya.. Canada telah mengeluarkan syiling Maple Leaf pada tahun 1979.. Kemudian.. diikuti oleh negara China yang memperkenalkan syiling Gold Panda pada 1982 dan seterusnya Amerika Syarikat dengan syiling Gold Eagle pada tahun 1986..

Syiling Emas Panda oleh China

Syiling Emas Eagle oleh Amerika Syarikat

Negara kita Malaysia juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Kijang Emas pada 17 Julai 2001 dan ia dikeluarkan dengan tiga saiz; 1/4 auns, 1/2 auns dan 1 auns.. Negara Singapura juga mengeluarkan syiling emas mereka iaitu Singapore Lions..

Syiling Emas Kijang oleh Malaysia

Syiling Emas Singapore Lion oleh Singapura

Seperti bar emas.. syiling – syiling emas ini juga boleh didapati daripada pengedar – pengedar emas.. kedai – kedai emas tempatan.. bank – bank terpilih.. mahupun dari jaringan internet..

bersambung….