Tags

, , , , , , , , , , , , , , ,

sambungan….

Syiling Emas Terkumpul

Syiling Emas Indian Head

Syiling emas terkumpul ini merupakan syiling yang jarang – jarang – “rare” – ada di pasaran dan disebabkan itu, ia mempunyai premium yang agak tinggi dari syiling emas biasa.. Perbezaan antara syiling emas biasa dan syiling emas terkumpul ini adalah dari segi bagaimana ia dinilaikan.. Syiling emas biasa dinilaikan dari kandungan emas yang terdapat di dalam syiling tersebut manakala syiling emas terkumpul ini dinilaikan bukan sahaja berdasarkan kandungan emas yang ada tetapi juga dari segi usia, keluaran dan juga keadaan fizikal syiling tersebut. Sekiranya kita bertuah memiliki syiling emas terkumpul ini.. harganya boleh melebihi harga syiling emas biasa.. Contohnya.. Syiling emas terkumpul pada tahun 1972 telah dijual pada harga USD 1.9 juta pada tahun 2006.. Antara lain.. Beberapa syiling emas Indian Head ($10) telah dijual pada harga $1000 pada Oktober 2005 dan harganya melambung dua kali ganda 8 bulan berikutnya..

Sungguhpun begitu.. perlu diingatkan.. keadaan ini tidak selalu terjadi.. sekiranya kita benar – benar bertuah.. kita mungkin boleh mendapat keuntungan dengan menyimpan syiling emas jenis ini… Pengumpul – pengumpul syiling emas ini boleh melipatgandakan keuntungan mereka dengan menjual syiling ini dari 15% sehingga mungkin 100%.. Walaubagaimana pun.. sebagai seorang pelabur.. syiling jenis ini tidak sesuai memandangkan pasarannya terlalu kecil dan risikonya pula terlalu tinggi.. Antara syiling emas terkumpul yang berharga adalah Liberty Head, Indian Head, St Guadens dan Morgan Silver Dollar yang kebanyakannya dikeluarkan sekitar tahun 1890 – 1933 di Amerika Syarikat…

Syiling Emas Peringatan

Syiling Peringatan Nelson Mandela

Kebiasaannya.. syiling emas peringatan ini dikeluarkan bagi mengingati sesuatu peristiwa atau pemimpin.. Sebagai contoh.. Afrika Selatan telah mengeluarkan Syiling Emas Nelson Mandela bagi mengenang jasa pemimpin itu di negara mereka.. Sebagai negara yang mempunyai sejarah yang panjang tentang emas juga.. Mereka mengeluarkan syiling emas siri Protea (sempena meraikan sejarah, demokrasi dan ekonomi negara) dan siri Natura (singa, badak sumbu, cheetah dan binatang – binatang lain di benua Afrika)… Amerika Syarikat juga mengeluarkan syiling emas peringatan mereka seperti Mount Rushmore, Columbus, Olympics, Bill of Rights dan juga Civil War

Syiling Peringatan Keretapi Tanah Melayu

Syiling Peringatan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pengeluaran syiling emas peringatan.. Contohnya.. Pihak Keretapi Tanah Melayu mengeluarkan edisi syiling emas mereka sempena ulang tahun badan itu kali yang ke-125. Begitu juga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengeluarkan syiling emas mereka sempena ulang tahun ke-125 mereka..

Seperti mana syiling emas terkumpul… Nilai syiling emas peringatan ini bergantung kepada faktor seperti usia, keadaan fizikal dan permintaan terhadap syiling ini.. Pasarannya juga agak terhad dan pada kebiasaannya ia berlegar sekitar peminat – peminat dan pengumpul – pengumpul syiling emas tegar… Tidak hairan sekiranya ada di antara syiling – syiling emas ini terjual lebih mahal dari syiling emas biasa…

Lebih menarik.. ada institusi bank yang menjual syiling peringatan kepada para pelanggan seperti syiling emas Year of Monkey, Guan Yin dan Buddha.. Perkara yang menariknya adalah… Mereka TIDAK membeli semula syiling – syiling ini… Menarik bukan??!!! Perkara ini patut memberi kita satu petunjuk tentang tentang syiling emas peringatan…

Barang Kemas
Pilihan emas fizikal yang terakhir adalah.. Barang Kemas.. Seperti lazim… Ia termasuk gelang tangan, rantai tangan, rantai leher, cincin, subang dan anting – anting… Sudah tentu ia lebih popular di kalangan kaum wanita dan sering juga disinonimkan dengan golongan tersebut..

Apabila kita membincangkan tentang barang kemas.. Perspektif kita lebih tertumpu kepada barang perhiasan berbanding simpanan atau pelaburan.. Apabila emas sudah dibentuk menjadi barang kemas.. Ia dilihat atau dikategorikan sebagai barang dagangan.. Oleh sebab itu.. Ia lebih sesuai untuk dijadikan sebagai barang perhiasan dan juga diniagakan…

Dari perspektif seorang pelabur.. Barang kemas tidak dianggap sebagai satu instrumen pelaburan.. Perkara ini disebabkan oleh faktor – faktor berikut:

Kandungan / Ketulenan Emas

  • Apabila emas dijadikan barang kemas.. kandungan / ketulenan emas di dalam barang kemas itu disusutkan (999/24K – 916/22K).. Disebabkan itu nilainya juga berkurangan mengikut kandungan / ketulenan emas tersebut.. Sebagai pelabur.. Ia kurang menarik apabila bercerita tentang memaksimumkan keuntungan pelaburan.. Sebagai seorang penyimpan.. Ia boleh dijadikan salah satu pilihan kerana.. selain menyimpan.. ia boleh dipakai..

Harga Jualan Tinggi oleh Penjual

  • Memandangkan barang kemas adalah barang dagangan.. Maka.. Ia tidak terlepas dari beberapa kos seperti kos pembuatan, hasil kerja / tukang dan keuntungan penjual.. Jadi dengan itu.. Harga jualan yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding emas tulen.. Sekali lagi.. Sebagai seorang pelabur.. Ia tidak sesuai untuk dijadikan instrumen pelaburan.. Sebaliknya sebagai penyimpan.. Ia bukan halangan untuk membeli barang kemas pada harga yang tinggi.. Lebih – lebih lagi bagi mereka yang minat dengan barang kemas…

Harga Belian Rendah oleh Penjual

  • Keadaan ini memang biasa terjadi… Tetapi.. Ia tidak bermaksud barang kemas mengalami penyusutan yang banyak… Keadaan ini wujud disebabkan kos – kos seperti dinyatakan di atas.. Dan yang paling penting adalah.. Keuntungan maksimum yang perlu diraih oleh penjual.. Maka keadaan ini juga tidak sesuai kepada seorang pelabur kerana mereka juga perlu memaksimumkan hasil pelaburan mereka.. Memandangkan harga belian adalah rendah.. Barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan instrumen pelaburan.. Sebagai seorang penyimpan.. Ia bukanlah satu isu yang besar kerana pada kebiasaannya.. Mereka akan menyimpan barang – barang kemas mereka pada tempoh masa yang lama.. Adakalanya.. Harga belian semasa sudah pun mengatasi kos pembelian dahulu.. Juga ada keadaan yang mana mereka menukar sahaja kepada barang kemas yang baru dengan hanya menambah sedikit wang..

bersambung………..