Tags

, , , , , , , , , , , , , ,

Graf 1 - Pergerakan Harga Emas Tahun 2011

Kali ini.. mari kita lihat pergerakan harga emas untuk tahun 2011.. Tempoh yang diambil kira adalah antara 30 Disember 2010 sehingga 8 Januari 2012.. Graf di atas menunjukkan trend pergerakan harga emas bagi tempoh tersebut.. Melaluinya.. kita dapat perhatikan harga emas hampir mencecah sehingga USD1,900.00 iaitu sekitar pada bulan September 2011..

PENYIMPAN

Graf 2 - Harga Emas Pada 7 Januari 2011 (Mula Menyimpan)

Graf 3 - Harga Emas Pada 5 Jan 2012 (Cukup 1 Tahun Menyimpan)

Sebagai seorang penyimpan.. Sudah tentu kita mengambil berat tentang berapakah pulangan yang diperolehi dari simpanan yang telah kita buat untuk tempoh 1 tahun.. Begitu juga kesnya dengan simpanan emas yang telah kita buat.. Tempoh yang diambil kira adalah dianggap dengan memulakan simpanan pada awal tahun sehingga hujung tahun.. Bagi kes ini.. Katakanlah kita telah memulakan simpanan emas pada 7 Januari 2011.. Merujuk kepada Graf 2.. Harga semasa emas pada tarikh tersebut adalah USD1,369.80.. Pada akhir tahun.. Tarikh yang diambil adalah pada 5 Januari 2012 (tarikh yang paling hampir untuk tempoh 1 tahun).. Harga emas adalah pada paras USD1,624.70 seperti di dalam Graf 3.. Ini memberi pulangan sehingga 18.61%..

Dengan ini.. Boleh dikatakan.. Modal kita pada awal tahun telah menokok atau berkembang sehingga 18.61%.. Maksudnya.. Seandainya kita telah menyimpan RM 100,000.00 dalam bentuk emas.. Ia boleh berkembang menjadi RM 118,610.00.. Pulangan ini merupakan pulangan modal atau peningkatan modal.. Angkanya juga boleh dikira agak tinggi berbanding beberapa instrumen simpanan lain..

PELABUR

Graf 4 - Harga Emas Pada 28 Januari 2011 (Harga Terendah)

Graf 5 - Harga Emas Pada 2 September 2011 (Harga Tertinggi)

Sebagai seorang pelabur.. Peningkatan modal dalam bentuk emas jauh lebih tinggi.. Pada 2011.. Terdapat pergerakan harga paling tinggi iaitu menghampiri USD1,900.00 sekitar September 2011.. Ini merupakan lonjakan harga yang agak tinggi dengan jangkaan awal adalah sekitar USD2,000.00..

Seperti di dalam Graf 4.. Harga emas mencapai paras paling rendah iaitu pada USD1,338.40 (28 Januari 2011).. Pada 2 September 2011.. Ia melonjak pada USD1,884.20 (Graf 5).. Ini memberi peningkatan sehingga 40.78%.. Angka ini juga merupakan angka yang cukup tinggi berbanding instrumen – instrumen pelaburan yang lain..

Dari 2 situasi di atas.. Kita dapat lihat bagaimana pulangan yang diberikan melalui simpanan dan pelaburan emas.. Sebagai seorang penyimpan.. Kebiasaannya.. Pencapaian harga emas dilihat dalam tempoh satu tahun.. Sebaliknya sebagai seorang pelabur.. Mereka perlu lebih peka terhadap pergerakan harga emas.. Ini kerana.. Pertimbangan memaksimumkan keuntungan adalah perkara utama dalam simpanan emas.. Namun begitu.. Ia tidak bermaksud.. Kita rugi dalam “menyimpan” emas dalam tempoh satu tahun.. Apa yang lebih penting adalah.. NILAI yang boleh disimpan oleh EMAS!!!..

Sumber Graf dari KITCO