Tags

, , , , , , , , , , , , , ,

Opportunity cost is the cost of any activity measured in terms of the value of the next best alternative foregone (that is not chosen). It is the sacrifice related to the second best choice available to someone, or group, who has picked among several mutually exclusive choices.[1] The opportunity cost is also the cost of the foregone products after making a choice. Opportunity cost is a key concept in economics, and has been described as expressing “the basic relationship between scarcity and choice“.[2] The notion of opportunity cost plays a crucial part in ensuring that scarce resources are used efficiently.[3] Thus, opportunity costs are not restricted to monetary or financial costs: the real cost of output foregone, lost time, pleasure or any other benefit that provides utility should also be considered opportunity costs.

Sumber: Wikipedia

Pilihan yang bijak.. Pasti membuahkan hasil yang baik..

Dalam bahasa mudahnya.. Ia adalah kos yang terpaksa diserap / ditanggung / diambil oleh seseorang akibat daripada satu – satu keputusan yang di buat.. Di dalam pelaburan.. kos ini amat penting diambil kira kerana ia menentukan sama ada pilihan yang di buat berbaloi atau tidak

Untuk memahaminya dengan lebih dalam lagi.. Saya bawakan satu situasi dan applikasi pada simpanan dan pelaburan emas.. Perbandingannya pula adalah dengan instrumen simpanan / pelaburan yang memberi pulangan sekitar 5% – 8%.. Tidak perlulah saya nyatakan instrumen – instrumen tersebut kerana saya pasti.. Ramai yang sedia maklum instrumen – instrumen tersebut yang memberikan kadar pulangan sedemikian banyak.. Jadi di sini.. Kita mempunyai pilihan sama ada memilih instrumen – instrumen tersebut atau emas sebagai simpanan / pelaburan..

Gambar Hiasan - Kegilaan Terhadap Emas

Berdasarkan “entry” saya sebelum ini mengenai pulangan emas sebagai simpanan dan pelaburan… Berdasarkan pencapaian tahun 2011.. emas menokok 18.61% dan 40.78% masing – masing jika digunakan sebagai simpanan dan pelaburan.. Dibandingkan dengan pulangan instrumen – instrumen yang dinyatakan seperti di atas (pulangan sekitar 5% – 8%) dengan mengambil purata pulangan sekitar 6.5%.. Maka.. Perbezaannya adalah sekitar 12.11% dan 34.28% masing – masing jika digunakan sebagai simpanan dan pelaburan… Berdasarkan angka ini.. Ia bukanlah satu angka yang kecil apabila kita membicarakan soal simpanan apatah lagi tentang pelaburan…

Daripada angka – angka peratusan tersebut.. Jika dizahirkan dalam bentuk nilai Ringgit Malaysia (RM).. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 100,000.00 serta mengambil situasi di mana kita mempunyai pilihan antara instrumen – instrumen simpanan / pelaburan (pulangan 5% – 8%) atau emas.. Maka… Kita TERLEPAS sebanyak RM 12,110.00 dan RM 34,280.00 untuk menggandakan modal kita seandainya keputusan kita adalah memilih untuk menyimpan / melabur di instrumen – instrumen tersebut (pulangan 5% – 8%)..

Gambar Hiasan

Inilah yang dinamakan “Opportunity Cost“.. Iaitu kos yang terpaksa diserap / ditanggung / diambil oleh seseorang akibat daripada satu – satu keputusan yang di buat… Di dalam kes ini.. Kos itu diterjemahkan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).. Sebanyak itulah juga.. Kita terlepas dalam menggandakan modal apabila kita sudah pun membuat satu – satu pilihan keputusan.. Ini adalah salah satu kriteria yang boleh diambil kira apabila kita membuat analisis “Opportunity Cost“.. Antara lain yang boleh diambil kita adalah faktor inflasi (bagaimana kedua – dua intrumen bertindakbalas terhadap inflasi), jaminan keselamatan, jaminan kecairan, dan beberapa faktor tertentu yang lain..

Kebiasaannya.. Ramai antara kita tidak berapa perasan akan kos yang bakal kita serap ini kerana.. Sejumlah wang itu tadi belum lagi kita perolehi.. Kebiasaannya juga.. Takrifan kerugian itu.. Adalah.. Sesuatu kehilangan yang berlaku setelah diperolehi.. Jarang – jarang sekali.. Kerugian itu juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang tidak dapat dinikmati daripada sesuatu yang belum diperolehi sedangkan ada peluang untuk memperolehinya.. Maka dengan itu.. Kita perlu lebih perhatian dalam membuat keputusan terutamanya dalam isu simpanan / pelaburan agar keputusan yang di ambil berbaloi..

Kedua - duanya pun sama... Kenapa tidak pilih yang lebih baik??

Pada situasi – situasi yang lain juga.. Konsep ini boleh digunakan pakai dalam membuat satu – satu keputusan berdasarkan kriteria – kriteria yang sesuai dengan individu dan situasi tertentu…