Tags

, , , , , , , , , , , , , , ,

Adakah Genneva dan Pageantry Gold Scam?

Posted by cikgusimple on March 21st, 2012

Bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa pelaburan atau pembelian emas?

Kebanyakan syarikat menjanjikan aliran tunai tetap bulanan berupa diskaun lanjutan, hibah dan dividen termasuk menjanjikan keuntungan mudah dengan hanya menjadi broker untuk menjual emas di bawah harga semasa dalam kuantiti yang tidak masuk akal. Malah, mereka bergerak dalam keadaan sangat sistematik dan teratur dengan menjalankan aktiviti perniagaan dalam lingkungan undang-undang serta berselindung di sebalik sijil syariah untuk mengaburi mata pembeli atau pelabur Islam.

Dalam pada pembeli dan pelabur ghairah membeli emas dan perak ini sebagai alternatif pelaburan, mereka perlu berwaspada dan mengetahui beberapa perkara asas sebelum melakukan sebarang transaksi bersama penjual.

Pertama, emas dan perak fizikal. Penjual mesti mengemukakan fizikal kerana emas serta perak adalah komoditi dan sekiranya penjual gagal menunjukkan fizikal atau memberikan fizikal selepas transaksi dibuat, besar kemungkinan terbabit dalam skim di atas. Selepas memperoleh emas atau perak fizikal berkenaan, pastikan ia emas tulen atau mengikut spesifikasi dijanjikan.

Kedua, premium atas spot. Sekiranya syarikat A menjual RM22,000 untuk 100 gram emas berketulenan 999.9 (RM 220/gram) di atas harga spot RM180 segram, maka premium dikenakan ke atas pembeli ialah RM40/gram atau RM4,000 untuk 100 gram.

Jika syarikat B menjual pada harga RM18,300 untuk emas dengan ketulenan dan berat yang sama, tentu pelanggan yang bijak memilih syarikat B.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa premium atas spot bukan bermaksud keuntungan dinikmati penjual. Harga spot tidak mengambil kira kos overhead penjual seperti gaji, insurans, pengangkutan, kos penyimpanan dan lain-lain.

Ketiga, jurang perbezaan harga beli dan jual (spread). Mengambil contoh terdahulu, jika syarikat A membeli semula pada kadar RM17,500 untuk emas yang dijual pada harga RM22,000, jurangnya ialah RM4,500 atau 20.5 peratus.

Jika syarikat B membeli semula pada harga RM17,900, jurang perbezaan ialah RM400 ataupun 2.2 peratus saja. Dalam keadaan ini, syarikat B menawarkan jurang yang kecil dan sesuai sebagai pelaburan.

Ini kerana jika harga emas mengalami kenaikan tahunan 25 peratus, pembeli syarikat B akan mendapat keuntungan bersih 22.8 peratus.

Keempat, berat dan saiz. Emas dan perak di pasaran dunia secara umumnya mengenakan premium serta jurang perbezaan harga lebih tinggi untuk emas dan perak bersaiz kecil disebabkan kos cetakan selain pembuatan lebih tinggi berbanding saiz dan berat lebih besar, contohnya harga untuk 1 gram jongkong emas kini sekitar RM230.

Bagaimanapun, jika pembelian 100 gram jongkong emas, harganya sekitar RM18,300 iaitu (RM183/gram).

Kelima, sumber dan reputasi penjual.

Bagaimana untuk pembeli mengetahui sama ada ia tulen atau tidak?

Jangan letakkan beban menguji ketulenan itu di bahu anda, sebaliknya penjual bertanggungjawab melakukannya.

Pelbagai jenis ujian tidak destruktif boleh dilakukan di kedai emas dengan upah serendah RM10 atau kurang.

Antara ujian ialah ujian ketumpatan, asid, imbasan-x atau konduktiviti. Selain itu, terdapat jenis jongkong yang mempunyai sijil pengesahan daripada ‘assayer’ mengenai ketulenan emas atau perak. Namun cara terbaik adalah dengan menjalankan ujian untuk menentukan ketulenan.

Cerita tentang Genneva dan Pageantry Gold

Ramai yang bertanya mengenai Syarikat  Genneva,iaitu syarikat yang menjual emas dan menjanjikan hibah bulanan dan mendakwa ada panel syariah (amat meragukan ).Kesimpulannya,untuk kedua syarikat ini termasuk Pageantry Gold,anda bayar mahal dari yang dijual oleh syarikat lain,dan anda terima pula duit anda sendiri bulan2.Masih tidak lucu?

Sumber: Jutawangold.com