Tags

, , , , , , , , , ,

Nasihat saya pada anda semua. Harap berhati – hati apabila hendak memulakan simpanan dan pelaburan emas. Baca dan fahamkan.

Thursday, March 1, 2012

Pertemuan dengan wakil Geneva

Waktu rehat tengah hari, rakan sepejabat panggil aku ke tingkat beliau tanpa memberi apa-apa sebab. Macam lembu dicucuk hidung aku akur naik tanpa banyak soal.
Sebelum masuk ke ruang tamu (lounge) dapat kulihat 3 tetamu wanita menerusi dinding kaca yang melitupi ruang pertemuan. Dua orang yang agak berumur dan seorang lagi mungkin di pertengahan 20an. Dalam hatiku, “Alamak meeting apa pulak tengah2 hari ni, dahler baru je balik daripada meeting pagi tadi diluar”. AKu terus masuk dan melemparkan senyuman kepada tetamu sambil diperkenalkan oleh rakan sekerja.
Tetamu2 tersebut memperkenal diri mereka sebagai Pn A, Cik Z dan Pn H daripada syarikat Geneva Malaysia. Rupa2nya rakan2 aku ni nak minta aku dengar penerangan tentang Geneva gold investment product dan tawaran Hibahnya. Dalam hatiku, “Alamak, tak kan member2 aku ni nobatkan aku jadi expert untuk menilai pasal simpanan gold”. Apapun, inilah peluang untuk aku mendengar sendiri penerangan tentang Geneva Gold nvestment.
Berikut adalah intipati pertemuan dan penerangan daripada Pn A dan Pn H. Awek Cik Z tak banyak cakap. Cuma senyum dan perhatikan saja gelagat kitaorang. Disini cuma ringkasan apa yang berlaku dan apa yang diterangkan:
  • Perkara pertama, mereka tanya saya, “Pernah dengar tentang Geneva?”, saya kata pernah daripada Suratkhabar.
  • Pn H bagi saya pegang emas 1 kilo emirates. Buat pertama kali aku pegang emas sekilo. Tak penah rasa beb, jakun cikit. Tapi control ler sbb ada awek haha.
  • Pn A. terangkan: Kita beli 1 kg emas pada harga hari ini iaitu RM 217/g. dan sign kontrak untuk 3 bulan dengan Geneva.
  • Katakan rate Hibah dalam kontrak adalah 2%, Geneva akan terus bagi cek sebanya RM 4340 semasa kita membuat pembelian 1 kg emas yang bernila RM 217,000 denga rate RM217/g pada hari ni 29 Feb 2012.
  • Seterusnya Geneva akan bayar amount yang sama selama 2 bulan lagi kerana  kontraknya adalah 3 bulan.
  • Pada bulan ke-3, kita boleh membuat pilihan untuk simpan emas tersebut. Atau  menjual semula kepada Geneva dengan harga beli. Disini, kita juga boleh buat pilihan untuk buat kontrak baru tapi dengan harga emas yang baru. Sama ada kita jual atau tidak emas yang terdahulu kita beli.
  • Pn H, selang seli bercerita:
    • Kelebihan emas fizikal berbanding simpan dalam Akaun Emas atau simpanan wang fiat dalam akaun simpanan atau ASB. (Sebab member tu dah bukak citer kata duit dalam ASB)
    • Jadikan emas untuk jana pendapatan melalui skim Geneva.
    • Tak perlu risau kerana emas tersebut ditangan kita bukan Geneva.
  • Antara soalan yang dijawap oleh keduanya:
    • Minimum pembelian 100g
    • Harga bulion boleh didapati daripada office Geneva.
    • Harga juga sama seperti dalam  http://www.goldbeam.org.my/
    • Spread jual bullion mereka kepada kedai emas lain adalah 30%
    • Kontrak hibah between 1.5% – 3%

Daripada sini saya buat conclusion bahawa:

  • Rate Bulion yang dijual di Geneva iala RM 217/g
  • Beli Bulion Bar 1 kg = RM 217,000
  • Katakan Kontrak Hibah Geneva untuk 3 Bulan = 2%
  • Maka sebulan dapat = RM 4,340
  • Maka 3 bulan dapat = RM 13, 020
  • Sekiranya kita pilih untuk simpan:
    • Harga 1kg emas yang kita beli = RM  217,000 –  RM 13, 020 = RM 203,980
    • Jika suatu hari nanti nak jual balik, kea pastikan bahawa kita boleh jual dengan harga lebih daripada RM 203.9/g
  • Sekiranya kita pilih untuk jual semula kepada Geneva:
    • Untung yang kita perolehi = RM 13,020
    • Geneva akan bayar kita semula dengan harga kita beli = RM 217,000
Apa beza dengan emas yang dijual PG atau GCP:
  • Katalah saya ambik Avg pada harga PG 100g = RM 197/g
  • Katalah saya ambik harga GCP 100g = RM189/g
  • Tiada Hibah tapi harga belian lebih rendah.
Ini sahaja yang boleh saya kongsikan, pilihan ditangan anda. Frenung-renungkan lah…