Tags

, , , , , , , , , , , ,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,😉

Berikutan “post” saya semalam berkenaan PERHATIAN!!! Hati – hati dengan simpanan dan pelaburan EMAS anda!!!! Menceritakan tentang bagaimana melalui emas boleh menjana pendapatan bulanan. Ramai di antara kita yang terlalu teruja dengan kaedah belian emas seperti ini. Ini saya kira disebabkan sindrom ingin mendapatkan wang mudah. Perlu diingat, tiada yang mudah di dunia ini.. Logiknya, udara yang kita hirup untuk bernafas itu ada harganya dan pembayarannya pula tidak mudah. Malah, ramai yang meninggalkan pembayaran tersebut. Sebab apa??? Sebab ia berat dan susah.

Berbalik kepada persoalan belian yang diberi hibah/pulangan/rebet atau sebagainya. Melalui post tersebut, dapat saya kumpulkan data mengenai harga belian emas per gram dan hibah yang diberi mengikut peratusan seperti berikut:

  • Harga emas dgn syarikat X – RM 217/g hibah 2% sebln dibayar selama 3 bulan.
  • Harga emas Public Gold – RM 197/g tiada hibah diberi
Persoalan pertama yang perlu ditanya adalah, dari mana datangnya lebihan wang yang diperlukan bagi membayar hibah/pulangan/rebet tersebut. Logiknya, sekiranya syarikat ada menjalankan perniagaan lain hasil daripada jualan emas tersebut, maka tidak hairan andai syarikat boleh membayar hibah/pulangan/rebet sebanyak 2%.
1. Andai saya pemilik syarikat, atas kapasiti apa saya perlu membayar pembeli – pembeli saya atas keuntungan dari modal menjual emas pada mereka?
2. Sebagai pembeli / pelabur, pulangan tetap merupakan instrumen yang diragui atau “Non-Shariah Compliant”. Anda semua boleh bertanya kepada yang pakar dan isu ini banyak dibincangkan.
3. Alternatifnya, lebihan wang untuk bayaran hibah/pulangan/rebet boleh di ambil dari lebihan harga jualan kepada pembeli. Rujuk harga belian emas secara pukal di sini.
Analisis…
Saya membuat perbandingan ini atas kapasiti seorang penyimpan / pelabur emas. Dengan itu, saya dan anda semua mempunyai pilihan untuk membeli emas dari syarikat – syarikat yang ada atau melalui kedai – kedai emas tempatan. Kita tidak mempunyai pilihan untuk membeli pada harga pukal..

Baik,

Situasi 1..

Dengan membeli emas 1kg dari syarikat yang menawarkan hibah 2% untuk 3 bulan.. Saya dan anda semua perlu menyediakan modal sebanyak RM 217,000.00 dan mendapat hibah/pulangan/rebet sebanyak RM 4340.00/bln. Jumlah hibah untuk 3 bulan adalah RM 13,020.00

Situasi 2

Dengan membeli emas 1kg dari Public Gold, saya dan anda semua perlu menyediakan modal sebanyak RM 197,000.00. Tiada hibah di beri.

Di sini, saya bukan nak buktikan bahawa beli dengan Public Gold jauh lebih murah.. BUKAN!!! Apa yang saya cuba bawakan kepada anda semua adalah, membeli dengan Public Gold juga boleh memberi hibah yang dikejar – kejar sangat tu. Malah, mendapat lebih dari apa yang “syarikat” tawarkan. Bagaimana caranya????

Mudah.. Saya dan anda semua sediakan modal sehingga RM 217,000.00 (seperti mana membeli dengan syarikat penawar hibah). Sebaliknya, kita beli emas 1kg dengan Public Gold pada harga RM 197,000.00. Transaksi tersebut membolehkan kita mempunyai lebihan wang sebanyak RM 20,000. Kemudian dibahagikan untuk 3 bulan, pulangan RM 6666.67 / bln. Lumayan????

Melalui analisis ringkas ini, dimanakah lebihan sebanyak RM 2326.67 (RM 6666.67 – RM 4340.00) ini pergi? Sebagai penyimpan / pelabur, sudah tentu matlamat memaksimumkan keuntungan merupakan faktor utama yang perlu di ambil kira. Wajarkah kita melepaskan modal sebanyak RM 2326.67 itu tadi tanpa kita tahu ke manakah alirannya. Adakah aliran itu menguntungkan kita atau aliran itu merugikan kita? Ini belum di ambil kira kos – kos lain andai kita membeli emas dengan cara meminjam modal.

Saya yakin dan percaya, anda semua boleh memahami dengan penerangan yang ringkas dan jelas ini. Keputusan di tangan anda semua. Nasihat saya, jangan terlalu teruja dengan apa – apa yang ditawarkan. Kaji, selidik, fikir dan faham sebelum membuat keputusan. Andai anda tercari – cari faktor dalam simpanan / pelaburan emas, anda boleh klik di sini.

———————————————————————————————

Hubungi saya untuk Gold Bar mampu milik dengan harga mampu bayar.

Rizal Arif – 019.389.1082