Tags

, , , , , , , , , , ,

 

Bakal-bakal pengantin selalu memikirkan berapakah jumlah wang yang sepatutnya perlu ada untuk tampung majlis perkahwinan mereka. Ada yang siap tanya rakan-rakan yang baru kahwin ” Berapa kau habis buat majlis ni semua”. Bila mendengar rakan menjawab “Adalah dalam RM 30 Ribu” . dalam hati terus berkata ” Kalau macam ni banyaknya duit yang kena ada, tak kahwinlah aku sampai ke Tua”
Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb…
So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..
Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:
1. Kursus kahwin
2. Mas kahwin
3. Wang hantaran
4. Upah juru nikah atau tok kadi
5. Barang hantaran
7.  Cincin atau barang kemas yang lain
8. Pelamin
9. Baju pengantin
10.  Kad kahwin
11. Kenduri / jamuan
12. Dewan/Khemah dan kelengkapan lain
13.  Juru gambar
14. Hiburan
15. Honeymoon
Untuk kos ini semua, kita perlu budget dalam RM40K sekurang-kurang nye..Setuju?
Tips Mengumpul duit untuk budget perkahwinan anda.
1) Andai kata anda target untuk berkahwin pada tahun 2015
2) Kos perkahwinan yang diiperlukan ialah RM40K
3) Harga pasaran emas sekarang ialah RM190/gram untuk emas 999

4) Jika kita bahagikan RM40K dengan RM190, bermakna RM40K bersamaan lebih kurang 210g EMAS.

5) Anda set target untuk membeli EMAS dari sekarang sebanyak 10g secara konsisten setiap bulan.
6) Anda hanya perlukan 21bulan untuk mengumpul 210g iaitu kurang dari 2 tahun.
Mengikut sejarah harga EMAS, peratus kenaikan nilai EMAS adalah 18-27% setahun. Jika pada tahun ini anda membeli EMAS dgn harga RM190/g ini bermakna pada 2 tahun akan datang nilai harga EMAS boleh menjangkau sehingga RM250/gram.
Pada masa itu nilai 210g EMAS ialah RM52500!!!
Anda nk kumpul 40K je kan ? so lagi 12K? nak buat ape? Suka hati anda lah..
Kesimpulannya jika anda mengumpul emas dari sekarang, anda bukan saja dapat kahwin lebih cepat, malah majlis perkahwinan anda boleh dilangsungkan dengan lebih meriah!!! Anda buat anda dapat!!!
Kelebihan melabur dalam EMAS
1. Harga Emas Semakin Naik Untuk Jangka Masa Panjang

Pelaburan yang amat selamat. Walaupun tidak terlibat dengan urusan jual-beli emas, anda masih beroleh keuntungan dengan menyimpan emas. Hasil simpanan di ASB, anda hanya mendapat lebih kurang 8% dividen setahun. Tetapi, anda akan mendapat keuntungan dengan menyimpan wang anda dalam bentuk emas atas kadar kenaikan harga emas antara 20%-36% setahun.

2. Nilai Wang Semakin Jatuh

Tak perlu nak diterangkan panjang lebar.. anda fikir sendiri.. Apakah barangan yang anda dapat beli dengan RM50 pada tahun 1995 jika dibandingkan dengan nilai yang sama sekarang?

3. Emas Kalis Inflasi
Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (Dinar Emas ini adalah merujuk kepada sekeping syiling emas dengan nilai berat sebanyak 4.25 gram dan ketulenan 22 karat)
Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas. Pada hari ini, 1 dinar emas masih lagi boleh membeli seekor kambing. Ianya telah membuktikan bahawa dinar emas adalah kalis inflasi dan nilainya tetap tinggi selamanya.
4. Emas Adalah Aset Yang Mudah Cair

Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa dan di mana jua apabila anda memerlukan duit kerana anda boleh menjualnya. Contohnya sekiranya kita pergi bercuti di luar negara, tidak semua negara boleh menerima RM untuk urusan jualbeli tetapi dengan emas, anda boleh berurusan di mana sahaja kerana ia diterima di seluruh dunia.

5. Emas menjadi kebanggaan bagi pemiliknya

Sudah tentu dengan memiliki emas, akan merasa satu kepuasan dan kebanggaan kepada pemiliknya. Emas merupakan simbol kekayaan dan pemiliknya boleh memakai, menggunakan, mempamerkan dan juga untuk menunjuk-nunjuk (nak berlagak konon). Tetapi kewajiban untuk berzakat tak boleh lupa… untuk keberkatan harga yang Allah dah kasi ni..

Ok, mungkin anda tertanya-tanya.. Bagaimana saya begitu confident harga emas akan terus naik walaupun dalam tempoh 9 bulan sahaja?Jawapannya mudah: Saya belajar dari sejarah harga emas! Lihat dibawah

Setiap tahun orang kata emas mahal.. Tapi apabila dah di tahun seterusnya mereka akan kata, emas tahun lepas murah! Pelik bukan =) itulah mentaliti orang yang belum memiliki emas

Sumber: hartakaruun.blogspot.com