Tags

, , , , , , , , , , , , , , , , ,

Salam / Salam sejahtera,

Ramai yang beranggapan.. Membeli emas adalah sebagai satu pelaburan.. Pada saya.. hakikat emas sebagai pelaburan agak mengelirukan.. ini kerana.. hakikat nilai yang ada di dalam emas itu sendiri tidak berubah.. nilai yang dimaksudkan yang ada pada emas itu adalah berat dan ketulenannya.. dan disebabkan kedua-dua faktor ini tidak berubah melainkan ia melalui proses-proses tertentu.. Bagaimana ia dikatakan sebagai pelaburan?? Sedangkan konsep pelaburan itu sendiri adalah.. Membelanjakan modal tertentu dengan harapan ia memberikan pulangan tertentu yang melebihi modal tersebut berdasarkan perubahan nilai yang ada pada instrumen pelaburan yang dipilih..

Contoh:

1. PERNIAGAAN – Mak Limah mengeluarkan sebahagian modal beliau untuk memulakan perniagaan menjual karipap.. Seandainya Mak Limah hanya membeli bahan mentah dan terus menjual kepada pengguna.. Adakah Mak Limah boleh mendapatkan pulangan yang lebih daripada modalnya? Sebaliknya.. Sekiranya Mak Limah menggunakan daya kreativitinya mengubah bahan – bahan mentah tersebut kepada karipap yang kita biasa makan tu.. Bolehkah Mak Limah mendapatkan pulangan yang lebih dari modal yang telah dikeluarkan?? Sudah tentu boleh.. Ini kerana.. Mak Limah telah menambah nilai kepada bahan yang telah dibeli tadi.. Dengan nilai yang telah diberi kepada bahan-bahan mentah tersebut.. Maka, wajarlah Mak Limah mendapat pulangan yang melebihi dari modal asal..

2. PERUMAHAN – Katakanlah satu pemaju membangunkan sebuah kawasan perumahan baru di kawasan terpencil dengan prasaran yang serba kekurangan.. Adakah pemaju tersebut boleh mendapat pulangan yang lebih dari modal yang telah dikeluarkan?? Setelah beberapa tahun.. Kawasan sekitar di kawasan perumahan tersebut telah naik dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang baik dan lengkap.. Bolehkah pemaju tersebut boleh mendapatkan pulangan yang lebih dari modal yang telah dikeluarkan?? Mengapa?? Disebabkan nilai di kawasan tersebut telah meningkat..

Manakala emas itu nampak seperti pelaburan adalah kerana ia disandarkan pada “nilai” wang kertas iaitu USD.. Ini apa kita nampak pada mata kasar.. Hakikatnya.. Kenaikan dan penurunan harga emas itu adalah disebabkan turun naiknya dagangan wang kertas USD di pasaran.. Pernah dengar hubungan ini?? “Apabila USD mengukuh.. Harga emas turun.. Apabila USD lemah.. Harga emas melambung..” Pernah bukan?? Jadi.. perubahan harga emas itu bukanlah disebabkan nilai emas itu yang berubah.. tetapi adalah disebabkan “nilai” wang kertas USD itu yang berubah…

Jadi.. Emas sebagai SIMPANAN adalah lebih relevan berbanding ia sebagai PELABURAN.. Mungkin juga disebabkan para pelabur juga membeli emas.. Ia dianggap sebagai instrumen pelaburan.. Hakikatnya.. Ia digunakan sebagai penampan portfolio pelaburan mereka..

******************************************************************

Untuk lebih jelas.. EMAS sebagai SIMPANAN.. Kita saksiakan dulu video ini..

Antara isi penting yang sempat saya ambil dari video ini adalah:

1. 0.1g untuk pertukaran dengan roti

Berapa gram yang kita ada hari ini?? Bagi kita yang makanan asasinya beras.. Larat ke nak makan roti hari-hari andai simpanan emas tidak begitu banyak..

2. Wang kertas buat balut emas

Ini juga masa depan wang kertas kira.. Sekarang memang tak nampak lagi sebab kita belum lagi dalam keadaan begitu… Lambat laun.. kita juga akan mengalaminya.. Yang paling menarik.. Kita boleh dapat pembalut dengan warna-warna menarik dan cantik..😉

3. Anak kecil makan tikus panggang

Disebabkan simpanan emas yang kurang.. Maka mereka tidak mampu untuk membeli ayam atau daging.. Jadi.. Demi mendapat khasiat daging.. Terpaksalah bagi makan tikus.. Anak-anak kita nanti tu…

4. 0.3g untuk kelangsungan hidup 1 hari

Sekali lagi.. berapa gram yang kita ada?? Andai 1 gram pun tak ada.. Bagaimana kita hendak meneruskan kehidupan?? Ingat.. Kita bukan hidup bujang.. anak-anak.. isteri.. ibu bapa… adik-adik.. kakak.. abang.. atok.. nenek.. semua itu perlu difikirkan juga.. apa yang mereka nak makan.. atau kita gali siap-siap lubang kubur untuk mereka???

******************************************************************

Sungguhpun keadaan itu belum lagi berlaku di negara kita.. Tetapi itulah hakikatnya nilai emas.. Dalam keadaan apa pun.. Emas digunakan sebagai pertukaran.. Kalau kita tidak mempunyai simpanan emas.. Apa yang boleh kita tukarkan untuk mendapat barang keperluan??

We are not fighting for money, but life on earth

Nah.. semua orang setuju perkara paling penting dalam hidup adalah makanan tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun melainkan mati.. Pokok persoalannya.. Dengan apa perlu kita tukarkan untuk mendapatkan makanan demi kelangsungan hidup??