Soalan Lazim

1. Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas?

Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan wang kertas / fiat anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas. Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal, iaitu emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong serta barang kemas.

Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan juga sederhana.


2. Siapakah yang harus menyimpan emas?

Semua orang yang menyimpan wang kertas harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas. Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran “on the spot” semasa membeli barang / perkhidmatan.

Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik! Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi. Mana satu yang akan anda pilih, menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang.

Emas adalah wang yang sebenar


3. Kenapa saya perlu simpan emas?

  1. Nilai matawang kertas semakin jatuh
  2. Harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang
  3. Emas adalah aset yang mudah cair
  4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
  5. Pelindung kekayaan
  6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan

4. Di manakah saya hendak / boleh membeli emas?

Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas. Dan kini terdapat berbelas ribu pengedar di seluruh Malaysia. Tanpa perlu buka kedai emas, pengedar – pengedar ini mampu menjual emas berkilo-kilo. Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial. Blog ini salah satu contoh cara menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia, anda juga boleh menghubungi saya melalui emel di bawah atau rujuk senarai pengedar di sini.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah. Bayangkan jika pergram anda boleh jimat sehingga RM18.

Jika anda membeli 100g dengan syarikat, anda berjimat sebanyak..

= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!!!


5. Bilakah masa yang sesuai membeli emas?

  1. Bila anda mempunyai wang, dan ada kesedaran, teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
  2. Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan, anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik).
  3. Beli secara konsisten setiap bulan. Peruntukkan sebahagian gaji anda, sebagai contoh 20% untuk simpanan emas. Atau letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda.

Ini tidak bermakna sesiapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi, dia akan rugi. Sebenarnya, TIDAK RUGI selagi anda tidak menjualnya, cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.

6. Bagaimana saya harus bermula?

  • Bermula sebagai Penyimpan

Sebagai penyimpan, anda boleh membeli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank, boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.

Kemudian, rancang bajet anda. Setelah ditolak perbelanjaan, berapakah baki yang tinggal. Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten. Contohnya, 1 dinar 1 bulan.

  • Bermula sebagai Penyimpan merangkap Pengedar / Peniaga

Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain). Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan. Apabila anda mempunyai stok yang banyak, dan stok itu dibeli awal, anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan. Komisen pun anda dapat, keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik. Anda juga dapat menjimatkan masa, minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.

Anda tidak dapat jual – anda masih untung kerana harga emas semakin naik.

Anda jual – anda untung kerana anda dapat komisyen apabila anda membuat tempahan dengan syarikat emas.

Anda beli – tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda. Jual dengan harga ‘We Sell’. Anda untung 5%-6%.

Dapatkan info lengkap tentang simpanan emas dengan menghantar email ke :rizalarif82@gmail.com

dengan menaip “Info Emas”, nama dan no telefon anda.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s